fbpx

Mah Sing bakal bangunkan projek M Minori di Tebrau, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) telah memperoleh tanah seluas 2.77 hektar bernilai RM39.29 juta di Taman Seri Austin di Mukim Tebrau, Johor.

Pemilikan tanah yang akan dikenali sebagai M Minori itu memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM469 juta yang akan menawarkan projek pembangunan bercampur melibatkan kediaman berupa servis suite yang memiliki satu bilik, dua bilik atau tiga bilik.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, kediaman yang ditawarkan bermula pada harga serendah RM260,000 seunit.

“M Minori adalah projek daripada inspirasi minimalist Jepun dan ia dikhususkan kepada kumpulan sasaran golongan muda yang memerlukan kediaman yang lebih fleksibel, selamat serta ditawarkan pada harga mampu milik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mah Sing juga merancang untuk membangunkan projek komersial yang melibatkan outlet runcit yang menawarkan kemudahan pembelian makanan dan minuman secara pandu lalu.

 “Ini adalah transaksi jualan tanah pada tahun 2022 ekoran kejayaan kami dalam projek pembangunan apartmen mampu milik iaitu M-series dan juga rumah teres di kawasan pinggir bandar.

“Kami akan terus mencari peluang untuk membeli tanah untuk membangunkan projek rumah mampu milik dan mengutamakan tanah yang boleh menjana pulangan dengan kecekapan pemulihan,” jelasnya.

Tambah Hoy Kum, sebahagian daripada kos pembelian tanah M Minori akan dibiyai oleh hasil daripada pelupusan tanah di Permatang Tinggi di Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI