fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sedang melanda beberapa kawasan sekitar Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak melibatkan daerah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Selain itu, ia turut menjejaskan sekitar Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, keadaan sama turut diramal berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan bagi tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI