fbpx

Tak adil tohmah Terengganu Bike Week punca insiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acara TBW telah disertai kira-kira 2,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara di Kuala Terengganu hujung minggu lalu.

KUALA TERENGGANU – Pe­nganjur acara Terengganu Bike Week (TBW) melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang seolah-olah menyalahkan penganjuran acara tersebut sebagai punca insiden yang meragut empat nyawa minggu lalu.

Sekretariat TBW, Mohamad Nordin Sulong berkata, tohmahan terbabit sangat tidak adil sedangkan perhimpunan pemilik motosikal berkuasa tinggi itu dianjurkan dengan niat murni.

“TBW bukan sekadar perhimpunan pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara semata-mata.

“Selain menyertai karnival berbentuk kekeluargaan yang mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan peserta, mereka juga beramal dengan menyantuni insan kurang bernasib baik di rumah-rumah kebajikan berhampiran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berita berkaitan: Tiga anak jadi yatim piatu sekelip mata

Berita berkaitan: Pembonceng Kawasaki GTR maut tidak sempat lihat anak naik pelamin

Mohamad Nordin yang turut melahirkan rasa sedih berhubung kemalangan melibatkan peserta perhimpunan berkenaan dan menegaskan insiden tersebut di luar kawalan pihaknya.

Menurutnya, pihak penganjur sentiasa menasihatkan lebih 2,000 peserta berkenaan agar menunggang secara berhemah dan berhati-hati.

“Kesemua kemalangan itu berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke tempat asal masing-masing selepas program TBW berakhir.

“Insiden tersebut di luar kawalan kami selaku penganjur. Sewaktu kejadian, mangsa juga bukannya berkonvoi dalam kumpulan ramai sehingga membahayakan keselamatan jalan raya,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan tiga maut dalam kemalangan menimpa peserta TBW masing-masing dua di Dungun dan seorang di Tanah Merah, Kelantan pada hujung minggu lalu.

Antara yang terkorban ialah peniaga ayam, Mohd. Abdika Razali dan isterinya, Rabiatul­adawiah Saufi yang sedang hamil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI