fbpx

Maafkan kami peminat – Peng Soon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG Soon (depan) dan Yee See memberikan tentangan sengit sebelum tewas kepada Rivaldy-Mentari pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See akur gagal meneruskan langkah ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas tewas kepada beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.

Peng Soon-Yee See telah memberikan tentangan sengit sebelum tumbang dalam pertarungan tiga set kepada Rivaldy-Mentari dengan keputusan 21-9, 12-21, 20-22 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Peng Soon yang pernah meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 bersama Goh Liu Ying, memohon maaf kepada para penyokong yang hadir membanjiri Axiata Arena memberikan sokongan kepada mereka.

“Saya rasa (bersalah) beri penyokong kecewa sebab kalah perlawanan tadi. Saya minta maaf kepada penyokong.

“Walaupun kalah perlawanan hari ini tetapi kami sangat seronok kerana sudah lama tidak rasa suasana seperti ini,” katanya.

Yee See turut meluahkan keterujaannya beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri dan menyifatkan antara sebab kekalahan mereka mungkin kerana gagal menyesuaikan diri dengan faktor angin.

Turut gagal melangkah ke pusingan kedua bagi kategori beregu campuran ialah Choong Hon Jian-Peck Yen Wei apabila tewas 18-21, 18-21 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN