fbpx

Kes rasuah: Kerani Tapak didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nor Afendi (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

SEREMBAN – Seorang kerani tapak didenda RM3,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,740 bagi projek membina serta menyiapkan bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, lima tahun lalu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Mohd. Nor Afendi Abd. Wahab, 31, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku kerani tapak sebuah syarikat konsultan telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM240 dan RM1,500 daripada seorang Pengarah Projek sebuah syarikat pembinaan.

Ia sebagai balasan memberi kebenaran untuk memulakan kerja-kerja di tapak projek membina dan menyiapkan bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama di USIM Bandar Baru Nilai di sini.

Kesalahan itu dilakukan pada 2 Jun 2017 dan 13 Jun 2018.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI