fbpx

Kalau saya bubar UMNO sertai Bersatu, kubur saya banjir air kencing – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu sekiranya beliau membubarkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kuburnya akan dibanjiri air kencing.

Menurut, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada memintanya membubarkan UMNO dan berminat semua ahli UMNO menyertai Bersatu atas nama Melayu pada 2018.

“Dr. Mahathir suruh lupakan UMNO yang dah terlalu kotor dan meminta saya untuk menyertai PPBM. Saya menolak untuk bubarkan UMNO. Saya katakan padanya (Dr. Mahathir), ditakdirkan saya sertai PPBM selepas diberi kepercayaan menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden dan esoknya saya mati, kubur saya akan banjir,” kata Ahmad Zahid.

Disoal oleh peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal kenapa kuburnya akan ‘banjir’, Ahmad Zahid kemudian menjawab terdapat 3.8 juta ahli UMNO akan datang ke kuburnya dan kencing atas kubur beliau.

Terdahulu, menceritakan mengenai hubungannya dengan Dr. Mahathir, Ahmad Zahid mengatakan Ahli Parlimen Langkawi itu dendam dan mencemburuinya.

Ujarnya, ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau telah ditemui oleh seorang berpangkat Pengarah Cawangan Khas (PCK) yang memintanya untuk menulis surat dan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

“PCK minta saya tulis dengan tulisan tangan dan tulis saya dengan rela hati letak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO daripada pelbagai tohmahan. Surat itu kemudian dihantar kepada Presiden UMNO ketika itu iaitu Dr. Mahathir.

“Pada pukul 2 pagi, PCK datang semula dan memberitahu saya Dr. Mahathir menerima surat perletakkan jawatan itu tetapi PCK beritahu Dr. Mahathir minta saya tulis satu lagi surat yang menyatakan saya letak jawatan dengan rela hati tanpa sebarang paksaan atau tekanan. Saya tulis surat (kedua) itu mengikut ayat yang diberikan oleh PCK. Selepas saya menghantar surat itu, saya telah dibebaskan daripada tahanan ISA.

“Hakikatnya rasa dendam dan marah datang lebih lama. Dendam dan kecemburuannya dalam politik lebih buruk daripada cemburu di antara suami isteri. Saya tidak berniat untuk memburukkan individu yang dianggap negarawan dan tokoh negara tetapi saya nak mengatakan yang benar. Biarlah saya simpan apa yang dilakukannya,” kata Ahmad Zahid.

Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah masih lagi bersambung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI