fbpx

Eskayvie sasar lahir satu juta usahawan Nexus aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan di bawah bimbingan Eskayvie berhimpun dalam satu majlis ilmu yang meriah di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) telah membantu lebih daripada 1,000 usahawan Eskayvie Nexus untuk kembali bangkit bersemangat menjana pendapatan sejak pandemik melanda negara dua tahun lalu.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini menghimpunkan usahawan dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura dengan tujuan untuk membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

Pengarah Urusan syarikat, Kartika Wati Mohamed berkata, konvensyen kali ini mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini.

Menurut beliau, melalui program Eskayvie Nexus,  mereka telah dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli dan sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan telah diadakan hampir setiap hari secara atas talian.

“Usahawan Nexus ini terus optimis, meskipun berdepan cabaran dengan pandemik. Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie,” katanya dalam kenyataan.

Kartika menjelaskan, syarikat kini dalam usaha untuk melahirkan satu juta usahawan Nexus aktif menjelang tahun 2027. 

“Misi ini dilihat tidak mustahil kerana sehingga kini kami telah berjaya membantu lebih 70,000 usahawan Nexus meningkatkan tahap kewangan mereka.

“Kami turut mengunjurkan jualan sebanyak AS$1 billion (RM4.39 bilion)  yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara. 

“Dalam masa yang sama, kami juga sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan yang berterusan termasuklah menghasilkan 500 produk baharu yang berkualiti tinggi sekali gus mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI