fbpx

Covid-19: Meningkat 6.4 peratus di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) pada sidang akhbar berhubung kempen LovePenang dan isu-isu terkini di Komtar, George Town di sini hari ini. /FOTO SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta orang ramai supaya tidak leka dan terus berjaga-jaga berikutan kes jangkitan Covid-19 menunjukkan trend peningkatan semula di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menujukkan berlaku peningkatan 6.4 peratus daripada minggu epid ke-24 hingga minggu epid ke-25 (12 hingga 25 Jun) dalam jangkitan Covid-19 di negeri ini.

“Walaupun jumlah kes jangkitan tidak lagi diumumkan, kita masih lagi memantau situasi terkini jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang dan kita perlu terus berwaspada.

“Jika kita lihat mulai minggu epid ke-24 hingga minggu epid 25, bilangan kes naik sehingga 6.4 peratus iaitu daripada 1,007 kes dalam minggu ke-24 kepada 1,072 kes pada minggu ke-25,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada kluster aktif dalam kalangan komuniti dikenal pasti biarpun kes harian pada 25 Jun lalu mencecah 173 kes sehari.

Bagaimanapun, katanya, pada minggu lalu terdapat 12 kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital-hospital di negeri ini dan ini merupakan satu statistik penting yang perlu diambil kira oleh semua pihak.

“Sebelum ini, sejak pembukaan sempadan negara, tiada kes kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital namun minggu lalu 12 pesakit dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI