fbpx

Selera eksotik rakyat Eropah ancam katak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaki katak atau ‘cuisses de grenouilles’ adalah hidangan istimewa yang terkenal di Perancis. - Google

PARIS – Aktivis-aktivis hidupan liar memberi amaran bahawa selera eksotik rakyat Eropah yang gemar makan kaki katak menyebabkan populasi amfibia berkenaan  di Benua Asia dan rantau Eropah Timur diancam kepupusan, lapor laman berita Wionews kelmarin.

Kaki katak  adalah hidangan istimewa yang popular di Perancis tetapi negara-negara  Eropah lain turut menyukai makanan itu. Kaki katak biasanya dimasak bersama daun pasli, bawang putih dan mentega.

Menurut pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan Jerman, Pro Wildlife dan badan bukan kerajaan (NGO)  Perancis, Robin des Bois, anggota badan daripada 200 juta ekor katak diimport ke negara-negara  blok Eropah setiap tahun atau bersamaan 4,070 tan kaki katak.

Menurut data tersebut, Jerman membelanjakan AS$89 juta (RM394 juta)  untuk import katak pada  tahun 2020, iaitu dua kali ganda lebih besar berbanding Perancis.

Sementara itu, Perancis mengimport katak bernilai AS$40 juta (RM176 juta)  pada tahun yang sama.

Perkembangan itu menyaksikan Eropah muncul sebagai peminat terbesar kaki katak di dunia terutamanya spesies katak berbadan besar seperti katak Asia Timur dan katak pemakan ketam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI