fbpx

Nordiyanah MVP saingan NSL 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORDIYANAH (tengah) memenangi Anugerah Pemain Paling Berharga saingan NSL 2022. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kapten Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Nordiyanah Noor Sabadinee dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) bagi saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Anugerah itu secara tidak langsung mengubati kekecewaan Nordiyanah selepas gagal membantu KL Wildcats mempertahankan kejuaraan NSL yang dimenangi pada edisi pertama tahun lepas.

Nordiyanah berjaya mencuri tumpuan ramai apabila memberikan prestasi terbaik dengan 32 jaringan buat KL Wildcats biarpun tewas 40-50 kepada juara baharu, Johor Jewels pada aksi final di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi anugerah individu:

PENGARANG Berita Sukan Kosmo!, Sopie Samaile (tengah) menyerahkan Anugerah Pertahanan Terbaik NSL 2022 kepada Gayani di Stadium Juara hari ini. – FARIZ RUSADIO

ANUGERAH INDIVIDU:

Pemain Paling Berharga (MVP)
NORDIYANAH NOOR SABADINEE (KL WILDCATS)

Penjaring Terbanyak
SITI MAISARAH AFFANDI (PAHANG TULIPS)

Penyerang Terbaik
NUR FARIHA ABDUL RAZAK (JOHOR JEWELS)

Pertahanan Terbaik
GAYANI SAMANTHIKA (JOHOR JEWELS)

Pemain Muda Terbaik
S. PAVITRAH (KL WILDCATS)

KEPUTUSAN AKHIR:

Juara: JOHOR JEWELS

Naib juara: KL WILDCATS

Tempat ketiga: SELANGOR ANGELS

Tempat keempat: PAHANG TULIPS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI