fbpx

Mayat guru agama, dua anak ditemui dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dinaiki tiga beranak yang terjunam ke dalam Sungai Ketil, Baling berjaya dinaikkan kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

BALING – Seorang guru agama dan dua anak lelakinya ditemui meninggal dunia di dalam kereta yang terjunam ke dalam Sungai Ketil dalam kejadian di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil di sini semalam.

Mayat Masyitoh Ibrahim, 37, serta dua anaknya iaitu Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, ditemui selepas kereta jenis Proton Persona tersebut dinaikkan menggunakan kren pada pukul 3.30 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufa’at Kamaron memberitahu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menemui kereta itu selepas menyelam pada kedalaman 7.62 meter.

“Sebuah kren digunakan untuk menaikkan kereta dengan pasukan PPDA membantu untuk meletakkan kabel pada kereta mangsa pada pukul 2.53 pagi.

“Kereta berkenaan berjaya dinaikkan sepenuhnya pada pukul 3.30 pagi dan semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kesemua mangsa dijumpai masih berada di dalam kereta.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang guru agama dan dua anak lelakinya dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Ketil dalam kejadian di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Kejadian berlaku di Jambatan Syed Omar yang merupakan sempadan antara daerah Baling dan Kuala Muda. Mangsa merupakan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI