fbpx

50 peserta sertai MAFI Squid Game Fitness Hunt Challenge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta yang menyertai program rekreasi MAFI Squid Game Fitness Hunt Challenge.

PETALING JAYA – Seramai 50 peserta terdiri daripada exco dan ahli Kelab Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyertai program rekreasi MAFI Squid Game Fitness Hunt Challenge selama tiga hari di Pulau Bidong, Terengganu bermula 24 Jun hingga hari ini.

MAFI dalam kenyataan memaklumkan, ia julung kali diadakan selain disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Mohd., Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Habshah Ali dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Noor Azlin Mohammad Shamsudin.

Katanya antara pengisian menarik seperti pelbagai jenis sukan rekreasi yang boleh mengeratkan peserta, antaranya aktiviti kerja berpasukan, cari harta karun, keyakinan di dalam air (water confidence), menyelam di permukaan (snorkeling) dan skuba.

“Peserta turut didedahkan dengan pengalaman pelatih berhubung aspek keselamatan aktiviti air. Pelbagai aktiviti bina pasukan turut dilaksanakan, sekali gus meningkatkan tahap saling kepercayaan dan saling bekerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.

“Untuk rekod, Kelab MAFI ditubuhkan sejak 1982 bertujuan memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengukuh silaturrahim di antara warga MAFI melalui penganjuran program dan aktiviti berbentuk kebajikan, sukan, rekreasi, sosial, ekonomi, pendidikan, kerohanian dan lain-lain,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI