fbpx

Tiga hero drama ‘dibenci’ penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA hero drama yang sedang hangat mendapat perhatian ketika ini.

JIKA dahulu, pelakon antagonis adalah yang paling dibenci penonton sesebuah naskhah.

Tetapi sekarang segalanya berubah apabila watak hero dalam tiga buah drama iaitu Bisik-Bisik Gelora, Melur Untuk Firdaus dan Kerana Aku Isteri Bidaan pula yang dikecam ramai.

Watak Jad lakonan Redza Rosli, Firdaus (Meerqeen) dan Farel (Hisyam Hamid) merupakan tiga hero daripada naskhah berbeza yang kini menjadi bualan ramai.

Panas baran, curang dan kuat cemburu. Itu antara sikap yang jelas dalam dilihat pada ketiga-tiga watak tersebut.

Lucunya, ada yang mahu stesen televisyen segera menamatkan ketiga-tiga drama tersebut sebelum para penonton yang rata-ratanya kaum isteri naik hantu!

“TV3 perlu habiskan segera tiga drama bertemakan ‘suami’ sebab ramai isteri sedang kemurungan, emosi meluap dan kemarahan tahap maksima.

“Moga segeralah habis tiga drama ini, ramai kaum isteri mula panas hati, bertindak nak masuk dalam televisyen. “Takut nanti terpaksa pula suami sebenar beli televisyen baharu,” kata seorang pengguna Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI