fbpx

Shuk Sahar bukan Tangmo tapi Temok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Shuk dalam TikTok yang tular baru-baru ini.

JIKA sudah namanya pelawak, lakukanlah apa sahaja, pasti mampu mengundang tawa ramai.

Terbaharu, video Shuk Sahar di atas sebuah bot tular dalam media sosial sehingga meraih lebih 1.8 juta tontonan.

Video tersebut mengingatkan semula tragedi kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida yang dikatakan terjatuh dari bot yang dinaikinya.

Berlatarbelakangkan lagu popular Thailand beserta kapsyen ‘Tongmok’, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Shuk.

“Ini bukan Tangmo tetapi Taklalumenengoknya,” gurau seorang netizen.

“Tangmo (tidak), Temok (ya). Ini pertama kali aku gelak tengok Shuk,” seloroh netizen.

Selain komen lucu, terdapat juga netizen yang menyelitkan kata-kata semangat buatnya agar terus kuat menempuh dugaan mendatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI