fbpx

Liga Super: NSFC benam Sri Pahang FC di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan FC meraikan kegembiraan selepas berjaya menjaringkan gol ketiga ketika menentang pasukan Sri Pahang FC di Stadium Paroi, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) memperoleh tiga mata selepas mengalahkan pasukan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Dalam perlawanan Liga Super itu menyaksikan skuad kendalian K.Devan itu menang 3-0.

Gol pertama pasukan itu dijaringakan oleh penyerang, Gustavo Almeida Dos Santos pada minit ke-33.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.

Dua minit selepas separuh masa kedua, pemain pertahanan NSFC, Yaser Armando Pinto Islame menjaringkan gol kedua pasukan itu.

Pada minit ke-52, penyerang NSFC, Matheus Alves Leandro, menjaringkan gol ketiga bagi kedudukan selesa.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa tiga minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI