fbpx
Nabatanzi bersama sebahagian daripada anak-anaknya. - Alamy

Wanita berumur 40 tahun miliki 44 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA, Uganda – Seorang ibu tunggal di Uganda memegang rekod mempunyai anak paling ramai di dunia disebabkan kelainan genetik yang menyebabkan dirinya ‘terlampau subur’, lapor akhbar The Sun UK.

Mariem Nabatanzi  melahirkan 44 orang anak menjelang usia 40 tahun dan doktor-doktor berkata, sebarang kaedah perancangan  keluarga tidak akan berkesan ke atas dirinya.

Mariem dikahwinkan pada usia seawal 12 tahun dan hanya sekali melahirkan seorang anak. Anak-anaknya selepas itu terdiri daripada bayi kembar, bayi kembar tiga dan bayi kembar empat.

Setakat ini, 38 daripada 44 anak yang dikandungnya masih hidup, manakala wanita itu melahirkan  empat pasangan kembar, lima kembar tiga dan lima kembar empat.

Doktor memberitahu Mariem bahawa dia mempunyai saiz ovari yang luar biasa besar dikenali sebagai hiperovulasi.

Dia diberitahu bahawa kaedah kawalan kehamilan tidak akan berfungsi terhadap dirinya, malah  mungkin akan menyebabkan kesihatannya merosot.

Rawatan memang wujud untuk hiperovulasi tetapi ia sukar didapati di pedalaman Uganda.

Pakar Sakit Puan Hospital Mulago, Dr, Charles Kiggundu memberitahu bahawa kemungkinan faktor keturunan menjadi punca kesuburan melampau Mariem.

“Kesnya melibatkan kecenderungan genetik,” kata doktor berkenaan.

Tiga tahun lalu, doktor-doktor  mengambil keputusan untuk ‘memandulkan’ Mariem melalui  kaedah pembedahan melibatkan sekatan pada tiub fallopio untuk mengelakkan ovum (sel telur) daripada disenyawakan.

Kini, Mariem meneruskan kehidupan bersama 38 anak yang masih kecil di 4 buah rumah kecil selepas bekas suaminya yang panas baran meninggalkan mereka dan melarikan wang simpanannya.

“Saya melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupan bersama anak-anak. Ada yang terpaksa berhenti sekolah untuk membantu saya mencari rezeki,” jelasnya. – Agensi

POPULAR