fbpx
Sebuah perkampungan di lembah VRAE yang dipenuhi dengan daun koko iaitu bahan utama membuat dadah kokain yang mengering. - Simeon Tegel

Polis Peru rampas lebih 1 tan kokain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA, Peru – Pihak berkuasa Peru merampas lebih satu tan dadah jenis kokain dalam siri serbuan besar-besaran di Valle de los Ríos Apurímac, Ene y Mantaro (VRAE) pada Selasa lalu, lapor laman berita Wion News.

VRAE adalah kawasan lembah di Peru yang terkenal dengan aktiviti penghasilan dadah. Pengumuman rampasan dadah itu dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri Peru.

Polis Peru melakukan tiga serbuan dan merampas kokain dengan berat  keseluruhan 1,448 kilogram.

Operasi pembanterasan dadah itu dilancarkan  di tiga rantau berbeza iaitu Junin, Ucayali dan Ayacucho. Dalam satu serbuan tersebut, polis melepaskan tembakan ke arah makmal dadah dan merampas kokain beserta dua kenderaan serta memberkas dua suspek.

Pertempuran dengan kartel dadah adalah masalah berterusan bagi pihak berkuasa di negara-negara Amerika Selatan. – Agensi

POPULAR