fbpx

Penyanyi Jason Lo lepas, bebas tuduhan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jason Lo (tiga dari kiri) bersama berapa peguamnya ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga bekas deejay Jason Lo dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah dalam badan jenis Amphetamine dan Methamphetamine tiga tahun lalu.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan itu terhadap Jason Lo atau nama sebenarnya Jason Jonathan Lo, 47.

“Hari ini ditetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan dan kamu dipertuduhkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana mahkamah ini telah meneliti saksi-saksi pendakwaan serta eksibit yang telah dikemukakan berdasarkan satu penelitian maksima serta hujahan kedua-dua pihak.

“Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu kamu (Jason Lo) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri dan wang jaminan kamu dilepaskan,” kata Majistret Mohamad Fared.

Mengikut pertuduhan, Jason Lo yang juga ahli perniagaan itu didakwa tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang telah didapati memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan.

Kesalahan itu dilakukan di tandas Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Jalan Travers di sini pukul 5.15 petang pada 15 November 2019 yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan tidak kurang dua tahun dan maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan.

Sejurus selepas tamat prosiding Jason Lo dilihat memeluk salah seorang rakannya yang berada di galeri awam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI