fbpx

Penghantar barang tutup suis elektrik rumah pelanggan tidak jawab panggilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang penghantar barang menutup suis bekalan elektrik di rumah pelanggannya. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang penghantar barang yang berani menutup suis bekalan elektrik rumah pelanggannya, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @rifqioooo.

Ia memaparkan seorang penghantar barang berdiri di hadapan rumah pelanggan untuk menyerahkan bungkusan. 

Dia berulang kali memanggil penghuni rumah tetapi tidak dibalas kerana bunyi muzik dangdut dipasang dengan kuat. 

Oleh kerana tidak mahu menunggu, penghantar barang itu mematikan suis bekalan elektrik rumah tersebut.

Bunyi muzik dangdut yang kuat itu terhenti secara tiba-tiba dan akhirnya, penghuni rumah menjawab panggilannya dan bungkusan itu berjaya dihantar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sama, rumah saya pun pernah dilakukan sedemikian oleh penghantar barang,” tulis seorang netizen.

“Bukan mangsa pertama ni, lagipun abang tu dah tak gementar, sudah biasa,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI