fbpx

Ng Tze Yong akan ganti tempat Lee Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG gembira diberi peluang untuk beraksi pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas Zii Jia menarik diri.

PEMAIN perseorangan ketiga negara, Ng Tze Yong dipilih menggantikan tempat jaguh Asia, Lee Zii Jia yang membuat kejutan apabila menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai depan.

Keputusan Zii Jia, 24, sememangnya memberikan tamparan hebat kepada skuad badminton negara memandangkan pemain ranking kelima dunia itu adalah prospek pingat emas acara perseorangan lelaki.

Pemain dari Alor Setar, Kedah itu memberi alasan mahu memberi fokus kepada Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun dari 22 hingga 28 Ogos iaitu dua minggu selepas hari terakhir Sukan Komanwel.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berharap Tze Yong yang berada di ranking ke-46 dunia, mengambil kesempatan itu untuk mencipta kejutan di Birmingham nanti.

“Pasti dia bukan pencabar utama sebagai pemenang pi­ngat emas tetapi peluang ini muncul dalam saat terakhir. Kami seperti biasa sentiasa mempersiapkan dia untuk pertandingan.

“Komanwel bonus untuk dia. Harap dia dapat ambil kesempatan untuk pamerkan permainan yang bagus dan boleh cipta kejutan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara semalam.

Biarpun menjadi pengganti Zii Jia tetapi tekanan sama tetap dirasai Tze Yong memandangkan acara perseorangan lelaki sudah menghadiahkan sembilan pingat emas daripada 14 edisi Sukan Komanwel.

Pemenang perseorangan lelaki sewaktu edisi terakhir Sukan Komanwel di Gold Coast, Austra­lia pada 2018 dimenangi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI