fbpx

MOTAC rujuk kementerian lain isu perundangan STRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy Shukri.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini sedang berbincang dengan beberapa kementerian lain bagi menetapkan perundangan berhubung isu penginapan kediaman jangka pendek (STRA).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jika STRA itu berjaya dilaksanakan kelak, ia akan menyediakan satu perundangan jelas bagi memantau STRA secara keseluruhannya.

Beliau berkata, MOTAC bersama beberapa kementerian berkaitan sudah mengadakan perbincangan yang kini berada di peringkat gerak kerja.

“Ada berpendapat STRA di bawah MOTAC namun, sebenarnya kita tidak mempunyai satu platform perundangan untuk bertindak sekiranya terdapat penipuan di bawah premis pelancongan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Minggu Pelancongan Islamik (ITW) di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini pihaknya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap beberapa aplikasi perkhidmatan penginapan kerana ia bukan di bawah kuasa MOTAC.

Dalam pada itu, Nancy berkata, tidak semua inap desa dan hotel berdaftar di bawah kementeriannya kecuali mereka memohon untuk diberi penarafan.

“Kalau mereka tak minta kita rate (buat penarafan), kita tidak akan buat, kerana mereka ini berada di negeri masing-masing, mereka ada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sebab itu kita tidak boleh sembarangan bertindak sebaliknya perlu melalui cara yang betul di bawah undang-undang yang ada ketika ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI