fbpx

Erik Ten Hag perlu guna pendekatan Alex Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG perlu benar-benar mengenal pasti kelemahan United yang perlu diperbaik dan mencari calon pemain yang sesuai untuk mengatasinya. – AFP

MANCHESTER – Kegagalan Manchester United mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini me­ngundang resah para penyokong mereka ketika lima lagi pasukan yang dianggap seteru utama sudahpun memulakan langkah.

Keputusan mendapatkan Erik Ten Hag dianggap dimensi baharu buat pasukan itu selepas mereka sekian lama dahagakan kejuaraan apabila sekadar meraih empat gelaran sejak Alex Ferguson berundur dari jawatan pengurus pada 2012.

Legenda United, Gary Neville memberi tips kepada Ten Hag supaya pengurus baharu itu menggunakan kaedah yang pernah digunakan oleh Ferguson ketika mendapatkan pemain baharu untuk United.

“Terdapat tiga kategori dalam polisi perpindahan yang digunakan oleh Ferguson sebelum ini. Pertama, melihat kepada pemain muda dari akademi yang layak dan mampu beraksi dalam skuad utama dan bawa mereka ke dalam pasukan senior.

“Jika tidak ada yang layak, barulah anda akan keluar ke pasaran terbuka untuk melihat pemain-pemain yang berpotensi untuk dibawa masuk. Itu pun, keutamaan perlu diberikan kepada pemain-pemain yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris terlebih dahulu.

“Beliau juga melihat potensi pemain yang mampu berkembang dan kekal lama bersama kelab seperti Gary Pallister, Steve Bruce, Wayne Rooney, Rio Ferdinand, Robin Van Persie.

“Ferguson juga mempu­nyai naluri hebat dalam menilai pemain terutama bakat-bakat antarabangsa yang beliau fikir boleh bekerjasama dan mampu menjadi pemain hebat untuk ­mengangkat prestas kelab seperti Nemanja Vidic, Peter Schmeichel, Patrice Evra, Cristiano Ronaldo, Ole Gunnar Solskjaer,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI