fbpx
ANGGOTA bomba dan petugas kecemasan berada di lokasi kebakaran sebuah apartmen di kejiranan Recoleta, Buenos Aires kelmarin. - AFP

5 terbunuh, 35 cedera kebakaran di Buenos Aires

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES, Argentina – Sebanyak dua wanita dan tiga kanak-kanak daripada sebuah keluarga yang sama, meninggal dunia dalam kebakaran bangunan apartmen di Buenos Aires kelmarin, manakala 35 mangsa lain dikejarkan ke hospital, kata pasukan kecemasan.

Pegawai bomba, Pablo Giardina berkata, kebakaran berlaku pukul 6 pagi (waktu tempatan) di tingkat tujuh sebuah bangunan di kejiranan Recoleta, tengah Buenos Aires dan merebak dengan pantas ke tingkat lapan.

“Kedua-dua wanita dan tiga kanak-kanak itu masih hidup ketika dipindahkan tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital akibat terhidu asap dan melecur,” tambah ketua perkhidmatan kecemasan SAME, Alberto Crescenti pula.

Seorang saudara-mara mang­sa yang berusia 52 tahun cedera parah.

Dia merupakan antara 35 orang yang menerima rawatan kerana mengalami pelbagai kecederaan.

Beberapa pegawai berkata, antara mereka yang berada di hospital termasuk anggota polis dan penyelamat.

Pendakwa raya, Sebastian Fedullo yang bertanggungjawab menyiasat kemalangan itu berkata, kebakaran dalam bangunan setinggi 14 tingkat tersebut bukan berpunca daripada perbuatan khianat, manakala tiada bukti letupan berlaku. – AFP 

POPULAR