fbpx

2 September keputusan kes rasuah Bung, Zizie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizie (kiri) dan Bung ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Nasib Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad sama ada dibebaskan atau membela diri daripada pertuduhan rasuah akan diketahui pada 2 September ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas mahkamah pada hari ini telah selesai mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala pembelaan diwakili peguam M.Athimulan yang mewakili Bung manakala Datuk K.Kumaraendran mewakili Zizie Izette.

Terdahulu pihak pendakwaan berhujah suapan wujud dalam pelbagai bentuk termasuk komisen atau wang pengenalan.

“Adalah menjadi suatu kesalahan penerimaan atau pemberian suapan itu diterima atau diperolehi secara rasuah atau dengan niat yang jahat, ” kata pihak pendakwaan.

Sementara pihak pembelaan pula berhujah perlu ada bukti pembayaran oleh saksi pendakwaan ke-24 (Madhi Abdul Hamid) dan 25 (Norhaili Ahmad Mokhtar) kepada tertuduh pertama (Bung Moktar) selain bukti penerimaan dalam erti kata tertuduh pertama telah mendapat suapan.

Pada 17 Mei lalu, kes itu ditutup selepas saksi terakhir yang juga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norsharil Saharom, 37, selesai memberikan keterangan.

Pada 3 Mei 2020, Bung ,63, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie,44,.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI