fbpx

14 rumah di Teluk Panglima Garang dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir sekitar Jalan Perepat, Teluk Panglima Garang

KUALA LANGAT – Hujan lebat berterusan mengakibatkan 14 rumah di Jalan Perepat, Teluk Panglima Garang di sini, ditenggelami air akibat banjir hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menjejaskan seramai 64 mangsa daripada 11 keluarga.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, enam anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang terlibat dalam operasi berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.19 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 14 rumah di kawasan tersebut dinaiki air sedalam 0.5 meter.

“Kesemua 64 mangsa terdiri daripada 50 lelaki dan wanita dewasa, lima warga emas dan lapan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hafisham, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan
hanya satu keluarga berpindah di sebuah rumah di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, sebuah rumah di Jalan Pengkalan, Kampung Nelayan, Klang  turut terjejas banjir.

Lima mangsa termasuk tiga kanak-kanak dan seorang warga emas berpindah menyelamatkan diri ke lokasi selamat sebelum ketibaan bomba. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI