fbpx
Muhammad Idzam

Polis tingkat kawalan keselamatan sempena AFC CUP 2022 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Cheras akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium sempena Perlawanan Kejohanan AFC CUP 2022 (Peringkat Kumpulan H) yang akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan keadaan keselamatan terjamin dan selamat serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, penugasan pihak polis melibatkan penugasan kawalan lalu lintas dan juga penugasan keselamatan yang akan bermula pukul 5 Petang esok.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan sebelum pintu masuk dan juga selepas memasuki stadium dengan memeriksa badan mahupun beg yang dibawa penonton.

“Justeru itu, para penonton tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium seperti mercun, suar, bunga api,
topi keledar, besi, kayu, minuman keras, tongkat, payung dan sebagainya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tindakan tegas akan dilakukan sekiranya terdapat penonton yang melanggar arahan yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Sebagai rekod, perlawanan peringkat kumpulan H esok melibatkan tiga buah kelab iaitu Kuala Lumpur City FC (Malaysia), PSM Makassar (Indonesia) dan Tampines Rovers (Singapura).

Perlawanan di antara Kuala Lumpur City FC menentang PSM Makassar dijadualkan esok manakala perlawanan di antara Tampines Rovers menentang PSM Makassar pada 27 Jun (Isnin) ini.

Kuala Lumpur City FC menentang Tampines Rovers pula pada 30 Jun (Khamis) ini di stadium sama dengan kapasiti penonton seramai 14,000 orang. – KOSMO! ONLINE

POPULAR