fbpx
Pasangan ini menguruskan mayat gelandangan yang dijumpai semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan mereka. - eva.n

Pengantin baharu uruskan mayat gelandangan ketika memakai busana perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW, Myanmar – Sepasang pengantin baharu di Myanmar tular di media sosial kerana  sanggup menguruskan mayat  seorang gelandangan semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Wolipop.

Pasangan Maung Zin Phyo Aung dan isterinya, Ma Htet Htet Htwe baru sahaja pulang dari melangsungkan perkahwinan di sebuah rumah mayat di Yangon.

Mereka memilih berkahwin di lokasi yang agak pelik itu kerana masing-masing  merupakan pekerja di rumah mayat berkenaan. Pasangan itu jatuh cinta ketika bekerja bersama.

Maung merupakan seorang pegawai rumah mayat,  manakala Ma pula ialah pekerja pembersihan di situ.

“Saya tidak menganggap penemuan mayat semasa masih memakai busana perkahwinan sebagai petanda yang baik atau sebaliknya.

“Kami hanya melakukan tugas kami sebagai pekerja rumah mayat dan kami berbangga dengan pekerjaan kami,” kata Ma.

Ma dan Maung turut membantu pekerja rumah mayat menguruskan mayat lelaki tua yang ditemui itu sebelum kembali meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. – Agensi

POPULAR