fbpx

Nam Joo-hyuk bukan pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAM JOO-HYUK

NAMA pelakon Nam Joo-hyuk tiba-tiba sahaja terpalit dengan kontroversi didakwa terlibat dengan aktiviti buli ketika di bangku sekolah.

Terpanggil menjelaskan keadaan, agensinya tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas tersebut sekali gus membersihkan semula imej artis naungannya.

“Selepas mengesahkan fakta tersebut bersama pelakon, kami mendapati kesemua kandungan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Dia bukan seorang pembuli dan tidak pernah membuli mana-mana pelajar lain ketika melalui zaman persekolahan.

“Jadi kami minta untuk tidak lagi dibesar-besarkan isu terbabit kerana bukan setakat imej pelakon, tetapi keluarga dan rakan-rakan terdekatnya juga terpalit,” kata agensi tersebut.

Terdahulu, sebuah portal media melaporkan bahawa Nam Joo-hyuk telah melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut sepanjang tempoh enam tahun iaitu ketika menuntut di sekolah menengah rendah dan tinggi.

Dakwaan tersebut juga mengatakan pelakon berusia 28 tahun itu ada menyertai kumpulan pelajar nakal dan kaki buli di sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI