fbpx

Lemas semasa cuba baiki kolam pancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari seorang lelaki yang dipercayai lemas ketika membaiki kolam memancing di Felda Raja Alias 2, Jempol petang tadi

JEMPOL – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemui lemas di sebuah kolam pancing di Felda Raja Alias 2 di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Hazreen Mohd. Zahar berkata, mayat mangsa, Muhammad Shafiq Mohamad Salleh ditemui kira-kira pukul 2 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan dan setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang lelaki lemas dalam kolam pancing.

“Kami menggunakan teknik pencarian melalui permukaan air bagi mengesan mangsa. Kami menjumpai mangsa selepas 10 minit pencarian dalam keadaan tertiarap di dalam air.

“Mangsa dipercayai sedang membaiki kolam pancing bersama seorang rakannya ketika kejadian,” katanya hari ini.

Mohd. Hazreen berkata, kolam pancing berkenaan dianggarkan sedalam dua meter.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak kesihatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh Hospital Jempol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI