fbpx

Kebolehpasaran graduan TVET KPLB pada tahap 87.53 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (kiri) ketika melawat gerai di Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsung di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Insitusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mencapai kebolehpasaran yang tinggi iaitu sebanyak 87.53 peratus pada tahun lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, angka tersebut melebihi sasaran 86.7 peratus bagi graduan insitusi pengajian tinggi dan insitusi TVET awam.

Katanya, perkara itu menunjukkan pelajar lepasan KPLB kini berada di landasan yang tepat dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran serta menepati keperluan industri.

“Kaedah kerjasama strategik bersama pemain industri menjadi asas kepada kejayaan ini.

“Model sama telah diguna pakai oleh universiti terkemuka termasuk di United Kingdom yang menjalin kerjasama dengan syarikat gergasi seperti Rolls Royce,” katanya selepas merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 di sini hari ini.

Ujar beliau, TVET juga dikenal pasti sebagai pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan peruntukan berjumlah RM6.6 billion

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM761.97 juta telah diperuntukkan untuk program TVET,” jelasnya.

Beliau menambah, KPLB akan terus memberi tumpuan dalam menyokong pembangunan modal insan bagi meningkatkan penglibatan golongan belia luar bandar dalam arus pembangunan melalui penyediaan kemudahan dan peluang pendidikan dalam bidang TVET.

“Sehingga 31 Mac lalu, seramai 48,800 pelatih sedang mengikuti pengajian di institusi TVET@KPLB dan dijangkakan jumlahnya akan mencecah 60,000 pelatih apabila pengambilan sesi Julai ini bermula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI