fbpx

Ebit santuni kanak-kanak tular jual cendawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit menziarahi kanak-kanak yang tular berniaga menjual cendawan di kawasan perumahan dan stesen minyak di Johor.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Liew menyantuni seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang tular di media sosial ketika sedang berniaga menjual cendawan di Masai, Johor.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ebit berkata, kanak-kanak terbabit bukan sahaja mempunyai semangat untuk berniaga malah berani menjual dari rumah ke rumah termasuk di stesen minyak.

“Sebak rasanya ziarah adik 12 tahun yang viral jual cendawan. Walaupun masih kecil tetapi sifat dan akhlaknya sangat baik.

“Seorang yang suka berdiri tegak, suka tunduk dan sesekali senyum. Dia kini tinggal berdua dengan ayahnya yang bekerja membaiki kereta,” katanya.

Selain itu, Ebit turut memberikan hadiah telefon termasuk pakaian dan kasut baharu kepada kanak-kanak tersebut.

“Telefon adik ni dah pecah. Saya hadiahkan yang baru buatnya. Masa bagi duit pun muka terkejut dan menangis.

“Paling terkesan tiba-tiba dia pulangkan semula duit yang saya bagi Katanya banyak sangat ni dan saya suruh dia simpan sahaja.” ujarnya.

Dalam pada itu, Ebit sempat meluangkan masa menziarahi rumahnya serta berjumpa ayahnya yang kini sudah mencecah usia 60-an.

“Sampai rumah ayahnya peluk saya. Dia terus mengucapkan terima kasih kerana ziarah anaknya dan sangat gembira,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kapsyen – Ebit menziarahi kanak-kanak yang tular berniaga menjual cendawan di kawasan perumahan dan stesen minyak di Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI