fbpx
Wanita ini hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya dan mengganggu acara tersebut. – Eva

Bekas kekasih hadir majlis kahwin pakai gaun pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Sebuah majlis perkahwinan di China terganggu gara-gara bekas teman wanita pengantin lelaki hadir ke acara itu dengan memakai gaun pengantin, lapor laman berita Berita Hits.

Dalam kejadian di bandar Baoji dalam wilayah Shaanxi itu, pengantin lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhang tiba lebih awal pada majlis perkahwinannya untuk membantu dekorasi serta menyusun kerusi dan meja.

Tidak lama kemudian,  tetamu mula hadir dengan ramai menyampaikan ucapan tahniah buat pengantin.

Bagaimanapun, ketika acara berlangsung lancar, para tetamu terkejut melihat kehadiran  seorang wanita lain yang turut memakai gaun pengantin.

Wanita itu berdiri dari jauh sambil memandang tepat ke arah pengantin lelaki dengan riak marah dan kecewa.

“Saya berada di sini hari ini, jadi perkahwinan ini tidak boleh berlangsung,” jerit wanita berkenaan.

Selepas diselidiki, wanita itu sebenarnya bekas kekasih kepada pengantin lelaki.

Mereka dikatakan sudah lama menjalin hubungan cinta tetapi berpisah disebabkan keluarga masing-masing gagal mencapai kata sepakat mengenai hal perkahwinan.

Pada ketika itu, Zhang dilaporkan mula bercinta dengan wanita lain yang merupakan pengantin perempuan sebenar dan memutuskan hubungannya dengan kekasih lamanya.

Kerana marah dan kecewa, wanita tersebut hadir untuk mengganggu majlis perkahwinan Zhang.

Tidak dinyatakan sama ada acara perkahwinan Zhang dengan calon isterinya itu tetap diteruskan atau sebaliknya. – Agensi 

POPULAR