fbpx

Bapa anak satu dakwa jadi mangsa ‘scammer’ di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ban Kheng (kanan) dan Steven Sim ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam di hari ini.

SEBERANG PERAI – Ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau. Itu mungkin perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dihadapi seorang bekas pengurus kilang, Tan Ban Kheng, 41, ketika ini.

Bapa kepada seorang anak itu mendakwa, kisah tragisnya bermula apabila dia dipanggil menghadiri satu temu duga kerja oleh sebuah syarikat di George Town kira-kira dua bulan lalu.

Akui Ban Kheng, pekerjaan dalam bidang pembangunan perniagaan di Kemboja itu menawarkan gaji sehingga RM12,000 sebulan dan dia tidak ragu-ragu untuk menerima lamaran kerja tersebut memandangkan iklan pekerjaan itu dibuat menerusi sebuah laman carian kerja terkenal.

Bagaimanapun kata Ban Kheng, nasib malang menimpanya sebaik sahaja tiba di sana apabila mendakwa telah dikurung serta diugut oleh majikannya.

“Di situ, saya telah dikurung bersama hampir 1,000 lagi rakyat Malaysia lain yang dipercayai turut mengalami nasib yang sama seperti.

“Saya bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dengan dibantu seseorang yang tidak boleh saya dedahkan,” katanya dalam satu sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di sini hari ini.

Ban Kheng berkata, dia kini semakin dibelenggu ketakutan selepas muncul dalam satu rancangan televisyen bagi menceritakan pengalaman ngerinya di sana baru-baru ini.

“Selepas membuat pendedahan kepada media itu, saya telah dihubungi oleh seseorang yang mengakui wakil daripada sebuah parti politik pada Jumaat lalu.

“Lelaki itu mahu saya membuat pengakuan bahawa semua pendedahan itu adalah palsu, atau hidup saya akan menjadi tidak selamat selepas ini,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat iaitu pada 28 Mei manakala dua lagi pada 29 Mei dan 18 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI