PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribur petir, hujan lebat dan angin kencang di empat buah negeri sehingga pukul 7 malam nanti.
MetMalaysia berkata, amaran ribut petir itu dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah, Perak dan Johor.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perlis serta Kedah melibatkan kawasan seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
“Di Perak pula, amaran itu melibatkan kawasan Hulu Perak manakala di Johor seperti Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam satu hantaran Facebook sebentar
Amaran terbabit dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














