fbpx

173,498 pekerja terima tuntutan faedah kes Covid-19 RM186 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (tengah) beramah mesra dengan penerima sijil pengiktirafan mewakili syarikat yang telah melaksanakan Productivity-Linked Wage System (PLWS) ketika merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seramai 173,498 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menerima tuntutan faedah kes Covid-19 dengan nilai keseluruhan RM186 juta sejak dua tahun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, tuntutan faedah itu dibuat menerusi Akta 4 dan Akta 789 membabitkan mereka yang dikuarantin, dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia akibat penyakit itu.

Katanya, seramai 215,751 permohonan membabitkan Akta 4 diterima daripada pekerja tempatan manakala 16,530 permohonan lagi daripada pekerja asing.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 158,691 permohonan pekerja tempatan dan 13,740 lagi permohonan daripada pekerja asing telah diluluskan serta dilangsaikan bayaran kepada mereka.

“Sementara di bawah Akta 789 pula, sebanyak 1,465 permohonan diterima dengan 1,067 sudah pun diluluskan dan dibuat bayaran,” katanya pada sidang akhbar sempena Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara di sebuah hotel di sini hari ini.

Akta 4 melibatkan pencarum terdiri daripada pekerja yang mempunyai majikan manakala Akta 789 melindungi individu yang bekerja sendiri dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Menurut Awang, Perkeso masih menerima permohonan tuntutan faedah tersebut dengan sebahagian daripada kes berkenaan masih lagi berada di peringkat siasatan serta pengumpulan data.

“Ada permohonan tuntutan yang tidak cukup dokumen, data atau sebagainya yang mana keadaan itu menyebabkan pembayaran belum boleh dilaksanakan.

“Namun begitu, kita tetap teruskan proses siasatan dan jika mereka layak, Perkeso pasti akan buat bayaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI