fbpx

Petrol RON97 dijual RM4.84 seliter bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen berkuat kuasa esok sehingga 29 Jun depan menjadikan ia dijual pada RM4.84.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel pula masih dikekalkan masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, pengekalan harga kedua-dua bahan api itu adalah bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI