fbpx

Penang FC bukan ‘lubuk’ mata – Nafuzi Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak leka bahkan Penang FC sedang berada dalam fasa perubahan di bawah jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin.

WALAUPUN lebih banyak berehat ekoran terpaksa berdepan situasi penundaan perlawanan, kemenangan 2-0 Terengganu FC ke atas Kuala Lumpur City, Sabtu lalu membuktikan setiap pemain masih bernafsu untuk memburu lebih banyak kejayaan.

Malam ini, skuad kendalian Nafuzi Zain berkunjung ke Stadium Bandaraya bagi menghadapi pasukan di tangga tercorot, ­Penang FC.

Walaupun ramai yang melabel skuad Penyu sebagai pasukan pilihan, Nafuzi kekal waspada dan setiap pemain harus kekal fokus kerana Penang FC kini sedang berada dalam fasa perubahan di bawah jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin Hassan.

“Moral pemain kini berada dalam keadaan bagus dan harap pemain dapat teruskan rentak kemenangan. Untuk aksi dengan Penang kali ini, saya akan melihat dan menilai terlebih dulu kea­daan pemain, sama ada berada dalam keadaan cergas atau pun tidak.

“Tidak kira pasukan mana sekali pun, setiap perlawanan dalam Liga Super adalah sukar dan kami perlu kekal fokus setiap masa,” katanya.

Bagaimanapun, daripada apa yang dipersembahkan oleh pemain dalam aksi Sabtu lalu, Nafuzi nyata lega dan kemena­ngan itu bakal dijadikan suntikan semangat.

Daripada lima perlawanan setakat ini, Terengganu kini berada di tangga ketujuh Liga Super de­ngan sembilan mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI