fbpx

Kadar kemiskinan di Jakarta meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 3.47 peratus penduduk Jakarta berada dalam kelompok miskin pada 2019 dan meningkat kepada 4.72 peratus pada 2021. – Iqbal S. Nugroho

JAKARTA – Kadar kemiskinan di Jakarta meningkat bagi tahun 2021 yang didorong oleh pandemik Covid-19, lapor laman berita Merdeka semalam.

Wakil Gabenor Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, peningkatan kadar kemiskinan itu turut berlaku  di seluruh dunia.

“Ya, kemiskinan di semua wilayah Indonesia meningkat disebabkan pandemik.

“Bahkan di semua negara di dunia, keadaan serupa berlaku akibat pandemik Co­vid-19,” katanya.

Menurut laman web rasmi Badan Pusat Perangkaan DKI Jakarta, kadar kemiskinan di wilayah itu mencatat trend pe­ningkatan dalam tempoh tiga tahun sejak 2019.

Pada 2019, sebanyak 3.47 peratus penduduk tergolong dalam kelompok miskin, dan kadar itu meningkat pada 2020 dengan catatan 4.53 peratus.

Bagi 2021 pula, peratusan bertambah kepada 4.72 peratus.

Menurut Ahmad Riza, pertumbuhan ekonomi kini semakin pulih dan bagi Jakarta, ia mening­kat secara signifikan sejak beberapa bulan lalu.

“Kita dapat melihat pertumbuhan ekonomi di Jakarta kini semakin pulih dan meningkat secara signifikan.

“Ini pasti akan menurunkan angka kemiskinan kerana kehidupan penduduk akan kembali normal serta keperluan masyarakat dapat dipenuhi,” ujarnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI