fbpx

Sunway Property lancar galeri hartanah Jernih Residences

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah (tengah) bersama pengurusan Sunway Property dan MKH memotong riben ketika merasmikan pembukaan Galeri Hartanah Jernih Residence Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Sunway Property baru-baru ini melancarkan galeri hartanah untuk pembangunan apartmen servis, Jernih Residences di Kajang.

Jernih Residence dimajukan di atas sebidang tanah berstatus pegangan bebas berkeluasan 2.13 hektar, menawarkan 1,605 unit apartmen servis dengan dua blok kediaman dan empat saiz binaan dalaman daripada 550 kaki persegi (51 meter persegi) hingga 850 kaki persegi (78.9 meter persegi).

Dijual pada harga bermula RM 320,000 atau purata RM 500 sekaki persegi, projek berkenaan dibangunkan secara strategik bersebelahan Stesen MRT Sungai Jernih, sekali gus menawarkan kemudahan kepada penduduk yang mementingkan ketersambungan dan kebolehcapaian.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property, Chong Sau Min berkata, harga mampu milik yang ditawarkan Jernih Residence membolehkan pembeli muda dan mereka yang ingin menaik taraf pemilikan kediaman peluang untuk membeli rumah tanpa perlu berkompromi dengan kualiti dan kemudahan.

“Garis panduan Reka Bentuk dan Seni Bina Pembangunan Sunway (SDDA) membolehkan kami membangunkan Jernih Residence dengan menawarkan gaya hidup holistik, lestari dan bersepadu untuk penduduk.

“Konsep Kehidupan Berorientasikan Transit yang ditawarkan di Jernih Residence merangkumi gabungan ketersambungan terbaik menerusi pengangkutan awam dan lebuh raya utama, kemudahan bandar dan gaya resort,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejajar dengan kehendak pasaran untuk gaya hidup berteraskan kesihatan, kemudahan ala resort di Jernih Residence direka untuk menggalakkan aktiviti luar dan santai.

Antara kemudahan disediakan termasuk kolam infiniti sepanjang 30 meter, kolam dan gelongsor renang kanak-kanak, jakuzi, taman herba dan kawasan permainan.

Aras satu dan dua blok kediaman turut memiliki 41 unit premis runcit dengan keluasan bersih yang boleh disewa berjumlah 42,609 kaki persegi (3,958 meter persegi).

Setakat ini, projek itu telah menerima sebanyak 10,000 pendaftaran. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI