fbpx
Mohammad Munzir menunjukkan antara pilihan telekung yang ditawarkan di butik Siti Khadijah di AEON Shah Alam, baru-baru ini.

Siti Khadijah sasar 53 cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Siti Khadijah Sdn. Bhd., pengeluar produk berjenama Siti Khadijah yang terkenal dengan telekung berkualiti tinggi bercadang untuk memiliki sehingga 53 cawangan pada tahun ini, sebelum menambah 10 lagi outlet baharu pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, buat masa ini syarikat telah memiliki 40 cawangan yang terletak di pusat beli-belah dan juga di lot kedai di seluruh negara.

Menurut beliau, tumpuan syarikat ialah lokasi strategik di bandar-bandar utama bagi outlet di pusat beli-belah, sementara lot kedai di kawasan luar bandar pula bertujuan memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai.

“Transaksi jualan lebih didorong segmen platform fizikal di lot kedai dan juga pusat beli-belah yang menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jualan, manakala bakinya daripada platform dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian butik terbaharu Siti Khadijah di AEON Shah Alam, di sini baru-baru ini.

Butik baharu berkonsepkan moden dan mewah itu menawarkan pengalaman membeli-belah unik buat pelanggan dan tidak hanya menawarkan telekung, malah produk-produk lain keluaran Siti Khadijah seperti kain pelikat, pakaian lelaki dan juga sejadah.

Mohammad Munzir mene­rangkan, butik itu akan menjadi perintis kepada konsep rekaan dalaman terbaharu untuk outlet-outlet baharu Siti Khadijah.

Mengulas lanjut katanya, berdasarkan rekod data jualan syarikat, segmen telekung yang berharga antara RM500 hingga RM700 sehelai menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan jualan telekung.

“Pada peringkat awal, kami menjangkakan segmen telekung berharga di bawah RM200 bakal menjadi penyumbang terbesar, namun pelanggan lebih selesa membeli telekung berharga lebih mahal kerana kualiti kain dan inovasi dalam setiap koleksi tele­kung Siti Khadijah.

“Pada masa sama, sumbangan segmen telekung menyusut kepada 85 peratus meskipun hasil jualan terus merekodkan peningkatan. Ia disebabkan sumbangan daripada segmen lain seperti sejadah, baju kurung, tudung dan pakaian lelaki yang banyak me­ningkat,” jelasnya.

POPULAR