fbpx

Kediaman rasmi Pengarah Hospital Kemamam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah Anuar di Kampung Gong Limau, Chukai, Kemaman malam tadi.

KEMAMAN – Kediaman rasmi Pengarah Hospital Kemaman, Dr. Anuar Japar terbakar di Kampung Gong Limau, Chukai di sini malam tadi.

Kebakaran pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hampir 50 peratus daripada struktur rumah terbabit mengalami kerosakan.

Isteri dan dua anak Anuar yang berada di dalam rumah sewaktu kebakaran berkenaan sempat menyelamatkan diri.

Difahamkan Pengarah Hospital Kemaman iti tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, seramai 17 anggota bomba telah bergegas ke kediaman tersebut sebaik menerima maklumat tentang kebakaran berkenaan.

“Kebakaran dapat dikawal tidak lama kemudian dengan 50 peratus dari struktur rumah dapat diselamatkan.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari sebuah bilik sebelum merebak melalui siling ke ruang tamu dan stor rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI