fbpx

Gigi rongak, Aaron Aziz masih dipuji kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron Aziz tetap dipuji kacak walaupun gigi rongak.

PETALING JAYA – Gara-gara kejadian tidak disengajakan semasa di lokasi penggambaran, separuh gigi hadapan pelakon Datuk Aaron Aziz patah dan rongak.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron, 46, menunjukkan keadaan gigi hadapannya yang patah akibat kejadian yang berlaku membabitkan seorang pelakon lagak ngeri.

“Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon kena bersedia jika gigi patah,” katanya menerusi sebuah video.

Ujar pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz itu, kemalangan kecil itu berlaku secara tidak sengaja melibatkan seorang pelakon lagak ngeri di lokasi penggambaran.

Walaupun kehilangan gigi, Aaron tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menganggap perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia lakonan.

“Stuntman (pelakon lagak ngeri) tidak sengaja. Jadi tiada siapa hendak disalahkan. Saya saja mahu kongsi wajah buruk saya. Yang penting saya masih stylo (bergaya),” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelakon filem Ombak Rindu itu masih mendapat pujian peminatnya yang memujinya masih lagi kelihatan kacak walaupun dalam keadaan gigi rongak.

“Tetap kacak walaupun gigi patah,” puji seorang peminatnya.

“Tak mengapa bang. Tetap nampak kacak dan jambu,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Menerusi sebuah hantaran terkini, difahamkan Aaron telah pun membaiki semula giginya yang patah selepas mendapatkan khidmat daripada seorang doktor gigi di Setia Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI