fbpx

Angkasa pertahan kedudukan Ahli Lembaga ICA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (kiri) bersama Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah ketika menghadiri persidangan Cooperatives: The Moment Is Now! di Seville.

PETALING JAYA – Anggota Lembaga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Kamarudin Ismail dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) bagi penggal 2022–2026.

Beliau mempertahankan kedudukan melalui pengundian pada Perhimpunan Agung ICA 2022 di Hotel Silken Al-Andalus, Seville, Sepanyol.

Seramai 15 orang ahli lembaga daripada 21 calon dipilih untuk berkhidmat bagi tempoh empat tahun, dengan Dr. Ariel Guarco dari Argentina telah dipilih semula sebagai Presiden ICA yang baharu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pemilihan semula Kamarudin sebagai Ahli Lembaga di peringkat global merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan buat gerakan koperasi negara.

“Kejayaan ini menunjukkan Malaysia telah melahirkan tokoh koperasi di peringkat antarabangsa dan dengan adanya warga Malaysia dalam kepimpinan ICA, saya melihat akan wujudnya jambatan yang dapat menghubungkan koperasi di Malaysia dan koperasi di negara luar.

“Harapan saya koperasi tidak harus terikat dengan perniagaan berkisar dalam negara sahaja malah terlibat dalam perdagangan antarabangsa selain penyumbang kepada aktiviti import dan eksport,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI