fbpx

2,093 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,735 kes selepas negara mencatatkan sifar kematian akibat virus berkenaan kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes baharu Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 2,093 kes termasuk satu kes import yang menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 25,952 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 2,082 kes sembuh juga direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,481,018 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam dengan 1,007 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (444), Perak (62), Pulau Pinang (155), Negeri Sembilan (82) dan Putrajaya (19).

“Turut menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes baharu semalam adalah Melaka (58), Johor (62), Sabah (76), Sarawak (34), Kedah (30),Pahang (23), Kelantan (18), Perlis (lapan), Terengganu (14) dan Labuan (satu),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Daripada keseluruhan kes aktif yang dilaporkan, 24,929 kes dikuarantin di rumah, 15 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 985 kes di hospital, lima kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI