fbpx

Tiada masalah kahwin isteri lebih tua – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Islam tidak pernah menegah seorang lelaki untuk memilih pasangan hidup dengan wanita yang lebih tua daripada mereka.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, jika ada seorang wanita datang untuk membahagiakan kita tidak kira berapa pun usianya, maka perkara tersebut tidak mempunyai masalah.

“Ibarat kita sedang lemas di sungai, datang seorang untuk menolong kita, adakah kita akan tanya dia dulu umur berapa baru kita benarkan dia selematkan kita.

“Kalau dah kita suka wanita itu dan wanita itu suka kepada kita, keluarga pun sudah suka kahwin sahaja tiada masalah, dia sudah datang dalam hidup untuk membahagiakan kita,” jelasnya di salah satu video ceramah di saluran YouTube baru-baru ini.

Tambah Azhar, orang yang telah bersetuju untuk berkahwin dengan kita merupakan satu perkara besar kerana dia akan berkongsi kehidupan dengan kita.

“Dia (isteri) akan kongsi semua perkara, kongsi katil, kongsi makan, kongsi minum dan akan kongsi segala-galanya dalam alam rumahtangga nanti.

“Tidak kisah dia tua tujuh tahun mahupun 20 tahun jika dia hormat kita maka tiada masalah, jangan dengar cakap orang ramai sebab semua benda mereka sahaja yang betul,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI