fbpx

Ramai wanita Malaysia alami kanser ovari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kanser ovari merupakan antara penyakit kanser yang popular menyerang golongan wanita di Malaysia dan ia cenderong berlaku berdasarkan beberapa ciri khas yang ada pada seseorang individu itu.

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang memaklumkan, kanser ovari adalah kanser ke-4 tertinggi yang berlaku di negara ini.

Katanya, ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga hormon seperti estrogen dan progesteron.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook hari ini, terdapat enam ciri-ciri wanita yang berisiko mengalami masalah kanser ovari.

“Siapa yang berisiko dapat kanser ovari? wanita yang tidak hamil, wanita tidak mempunyai banyak anak, sering makan makanan tinggi lemak dan obesiti, wanita yang telah capai akil baligh awal dan lewat menopaus, hamil pada usia lewat serta mempunyai sejarah keluarga yang ada kanser ovari,” kongsinya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samhan turut berkongsi tanda-tanda seseorang itu berkemungkinan terdedah kepada kanser ovari.

“Antara tanda-tanda yang akan berlaku adalah keletihan yang melampau, kesakitan semasa hubungan seks, kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang atau kaki, terdapat bengkak di bahagian perut, mudah berasa loya, senak, gas, sembelit atau cirit-birit serta berlaku pendarahan faraj yang luar biasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, masalah kanser tersebut boleh diatasi dengan melakukan beberapa kaedah rawatan seperti menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser ovari.

“Selain itu, patuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang aktif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI