fbpx

Wanita botakkan kepala penangan putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan tindakan seorang wanita membotakkan rambutnya kerana putus cinta. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia setelah memaparkan tindakan seorang wanita yang nekad membotakkan kepala kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @lambeh_turra.

Rakaman itu memaparkan seorang wanita sedang membuat panggilan video bersama seorang lelaki.

Wanita itu dilihat memotong rambutnya hingga botak menggunakan mesin rambut ketika menghubungi lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dikatakan adalah teman lelaki kepada wanita berkenaan. Dia berdiam diri menyaksikan wanita itu memotong rambutnya sambil menangis.

“Saya tidak menangis atas kehilangan rambut sedikit pun. Saya menangis kerana kenapa perlu bertemu dengannya (teman lelaki). 

“Lelaki yang selalu dipandang sebelah mata di hadapan ramai orang tetapi saya selalu membanggakannya di hadapan ahli keluarga,” demikian kapsyen pada video berkenaan. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sepatutnya ubah jadi lebih cantik biar dia menyesal,” tulis seorang netizen.

“Kenapa harus merugikan diri sendiri,” komen netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI