fbpx

SPRM siasat penerima wang yang disebut saksi kes Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap individu yang dikatakan menerima wang seperti disebut oleh saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

SPRM menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan itu.

“Siasatan yang akan dijalankan adalah mengikut bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.

Antara yang dikaitkan dalam prosiding itu ialah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut sebagai salah seorang penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN), Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Individu lain yang dinamakan oleh saksi dalam perbicaraan itu termasuk nama beberapa anggota Kabinet seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut dikaitkan dalam prosiding sama ialah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI