fbpx

Lelaki ‘buruk siku’ minta bekas teman wanita pulang lebih RM39,000 selepas berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan sebahagian daripada senarai pembelanjaan yang disediakan oleh seorang lelaki Shanghai kepada bekas teman wanitanya. – Oddity Central

SHANGHAI – Seorang lelaki di Shanghai tular selepas meminta bekas teman wanitanya membayar pampasan bagi semua pembelanjaan yang dia tanggung semasa mereka bercinta, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada minggu lalu, media China melaporkan kes luar biasa seorang lelaki di Shanghai yang namanya tidak didedahkan, bertindak membuat senarai perbelanjaan terperinci semasa bercinta dengan bekas teman wanitanya.

Senarai itu menampilkan perbelanjaan ratusan item, lengkap dengan tarikh dan masa serta penjelasan khusus. 

Lelaki itu dikatakan menghantar senarai tersebut kepada bekas teman wanitanya sebagai bukti wang yang dia belanjakan semasa mereka masih berhubungan bagi menuntut pampasan.

Senarai terperinci itu tular di media sosial China selama lebih seminggu sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Kebanyakan netizen menyatakan bahawa mereka terkejut bukan sahaja kerana tindakan lelaki itu, malah keupayaannya mengingati semua perbelanjaan walaupun berbulan-bulan bercinta.

Senarai itu termasuk perbelanjaan kecil iaitu dua botol air minuman di samping perbelanjaan besar seperti kos penjagaan ibu wanita tersebut yang sakit. 

Dokumen terperinci itu juga menyatakan sama ada setiap item dikongsi mereka berdua atau jika wanita itu adalah satu-satunya penerima.

Secara keseluruhan, lelaki itu mendakwa telah membelanjakan lebih 72,000 yuan (RM47,187) semasa mereka bercinta di mana 60,147 yuan (RM39,415) harus dibayar sebagai pampasan. 

Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada wanita itu bersetuju membayar wang pampasan seperti dituntut atau sebaliknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI