fbpx

Skuad B-23 Malaysia akan ‘berevolusi’ – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN mendedahkan FAM perlu ubah ekosistem bola sepak negara agar sejajar dengan prestasi skuad kebangsaan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan skuad bawah 23 (B-23) negara akan turut ‘berevolusi’ sama seperti skuad Harimau Malaya yang tampil cemerlang layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023.

Sebagai rekod, skuad B-23 negara yang ketika ini dikendalikan oleh Brad Maloney telah dikritik hebat susulan prestasi hambar pasukan pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam dan Piala Asia B-23 di Uzbekistan baru-baru ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihak persatuan ketika ini menunggu laporan penuh daripada pe­ngurusan dan barisan kejurulatihan B-23 sebelum membuat keputusan rasmi pada bulan depan.

“Saya rasa kita perlu ubah ekosistem bola sepak negara agar sejajar dengan prestasi skuad kebangsaan dan selepas ini mungkin skuad B-23 kebangsaan akan dirombak.

“Buat masa ini, kami masih menunggu laporan dan selepas itu mesyuarat akan dilakukan dengan jangkaan perubahan berlaku pada Julai depan. Perubahan itu bukan bermaksud tukar jurulatih tetapi mahu sistem skuad B-23 mengikut acuan Harimau Malaya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hamidin mengakui perubahan yang cuba dilakukan oleh badan induk bola sepak negara ini tidak boleh dilakukan sepantas kilat sebaliknya perlu mengambil masa secara berperingkat.

“Kalau kita lihat budaya bola sepak antarabangsa, kita tidak boleh ambil ketua jurulatih dan terus harap yang terbaik.

“Jika mahu keputusan positif, kita perlu labur terma­suk dapatkan teknikal staf yang lengkap dan itulah yang akan kita lakukan,” kata Hamidin.

Skuad muda Harimau Malaya sebelum ini gagal meraih sebarang pingat pada Sukan SEA selain menjadi pasukan belasahan pada Piala Asia B-23 sekali gus ter­singkir di peringkat kumpulan.

Situasi berbeza dialami skuad utama negara yang mara ke Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun selepas muncul naib juara Kumpulan E pada aksi kelayakan baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI